Tuesday, October 9, 2007

Islam Hidupku


Setiap Agama adalah Sistem Hidup[1]

Terdapat pertalian yang kukuh antara sistem sosial dengan konsep kepercayaan…
Di sana ada satu cetusan yang hidup iaitu cetusan sistem sosial dari konsep kepercayaan…, ia tumbuh sebagai tumbuhan yang hidup lagi natural, dan selepas itu ia memperbaharui diri sepenuhnya berdasarkan tafsiran yang diberikan oleh konsep kepercayaan terhadap kejadian, kedudukan di alam semesta dan tujuan kewujudan manusia…

Setiap manusia tidak boleh lari daripada mempunyai satu kepercayaan dan kefahaman yang mencorak perilaku hidupnya. Baik kepercayaan ini dinamakan ‘agama’, ‘aqidah’ atau ‘isme’, ia tetap sama.

إِنْ هِيَ إِلا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ...
“Benda-benda Yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama Yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya…” (An-Najm 53: 23)

Benarlah kata Allah s.w.t., Islam umpama benih yang bercambah membentuk sistem hidup, umpama pohon yang utuh.

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” (Ibrahim 14: 24)

Hal ini boleh diperluaskan hingga mencakupi bukan hanya sistem sosial tetapi juga sistem kehidupan seluruhnya, termasuklah perasaan peribadi individu, akhlak, ibadah, perlaksanaan ibadat dan tradisi mereka, ia juga mencakupi seluruh kegiatan manusia di bumi ini.

تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
“Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” (Ibrahim 14: 25)

Sistem sosial atau keperibadian individu, sistem kehidupan dan tatacara ibadah, semuanya adalah buah daripada kepercayaan dan keimanan kepada Allah. Buah yang dapat dinikmati, dirasai, dilihat dan dipraktikkan.

Kepercayaan yang dianuti manusia tidak hanya setakat membentuk sistem sosial, malahan mampu menjadi suatu acuan kepada pembentukan cara hidup manusia itu sendiri secara keseluruhannya iaitu dari sekecil kecil perkara seperti bagaimana harus berpakaian sehinggalah kepada perkara besar seperti pembentukan tatacara peradaban manusia.

Komunisme bukanlah hanya merupakan satu sistem sosial tetapi juga merupakan satu konsep kepercayaan, satu konsep ditegakkan dasar materialisme alam sejagat.

Sebaliknya, kepercayaan selain aqidah Islamiyyah menghasilkan sistem duniawi yang rapuh dan sementara.

وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الأرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ
“Dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.” (Ibrahim 14: 26)



Sebagai contohnya, fahaman komunisme tidaklah hanya sekadar suatu fahaman yang telah membentuk sistem sosial, tetapi ia juga merupakan satu anutan “keagamaan” yang mana asas pembentukan fahaman komunisme ini adalah kerana “keimanan” terhadap materialisme. Komunisme adalah “tasawwur” manakala materialisme adalah “akidah”.




(tulisan italic petikan daripada Mustaqbal Lihazadin)
[1] ‘Mustaqbal Lihazadin’ (Masa Depan untuk Islam) oleh Syed Qutb

No comments: